Wednesday 2 October 2013

Pelajaran Dari Syed Mokhtar Al Bukhary

Syed Mokhtar merupakan salah seorang jutawan yang paling pemalu di negara kita. Tidak banyak diketahui tentang Syed Mokhtar melalui media massa. Berikut saya kongsikan serba sedikit kejayaan Syed Mokhtar yang boleh kita belajar:
  1. Mula berniaga awal. Syed Mokhtar mula berniaga seawal umur 17 tahun.
  2. Pendidikan formal yang terbantut bukan penghalang untuk berjaya. Syed Mokhtar tidak tamat bersekolah. usahanya mengambil kursus akaun ketika berumur 21 tahun juga tidak dihabiskan.
  3. Pastikan kita dikelilingi oleh mereka yang sebaya dan bercita-cita tinggi. Beliau mengenali Timbalan Perdana Menteri sekarang yang ketika itu menjadi Pengarah Urusan sebuah syarikat di Johor. Beliau juga mengenali ramai orang hebat-hebat lain dalam erena politik ketika muda dulu yang mana sama-sama bercita-cita tinggi.
  4. Peka dengan peluang dan rebut dengan cepatSyed Mokhtar mengambil faedah daripada galakan kerajaan mengadakan usahawan bumiputera yang berjaya agar dapat bersaing dengan bukan bumiputera terutamanya orang Cina. Permohonan permit lorinya diluluskan lebih daripada apa yang dia minta.Walaupun permit lorinya ada empat dan dia hanya ada dua buah lori, tawaran untuk meng Ali Babakan permit itu ditolaknya mentah-mentah.Usaha kerajaan meletakkan bumiputera dalam dunia korporat dengan mensyaratkan pemilikan 30% saham untuk Melayu sebelum penyenaraian di bursa saham benar-benar dimanafaatkan oleh Syed Mokhtar. Lebih daripada 15 syarikat berjaya direbut oleh beliau. Dia mengekalkan pemilikannya tanpa dijual setelah disenaraikan seperti mana kebanyak orang Melayu yang lain. Kedudukannya yang berketurunan Syed digunakan dengan baik. Mereka yang berketurunan Syed yang punyai salasilah dari keturunan Rasulullah memang sentiasa dihormati oleh orang Melayu. Kebanyakan daripada mereka berada dikedudukan tinggi dalam masyarakat.
  5. Akui kelebihan pesaing dan bergabung. Bukannya bermusuh. Majoriti syarikatnya dikongsi dengan rakan strategik dari kaum Cina yang terkenal dengan kegigihan dan kejayaan mereka. Beliau mengakui keperluan bersama dengan rakyat berbangsa Cina untuk mencapai cita-citanya.
  6. Tidak pernah melupakan jasa orang. Beliua sering berusaha mendapatkan segala maklumat yang diperlukan dari para pegawai kerajaan dan juga orang persendirian. Semua orang tersebut tidak pernah dilupakannya dan ramai dari mereka menjadi orang kanannya sekarang dalam berbagai syarikat.
  7. Sering berhubung merapatkan silaturahim. Syed Mokhtar membuat panggilan telefon sekurang-kurangnya 100 kali sehari kepada semua kenalannya. samada untuk maklumat atau untuk bertanya khabar.
  8. Jangan tunggu kaya untuk buat kebajikan atau sumbangan. Ramai yang sangka beliau kuat menyumbang ketika kaya sedangkan sejak mula dia berniaga dan pendapatannya tidak seberapa, dia menyumbangkan separuh dari gajinya untuk diberikan pada mereka yang memerlukan.
Banyak lagi kelebihan Syed Mokhtar Al_Bukhary yang boleh kita pelajari. Cuma satu sahaja yang tidak mampu kita ikuti adalah susur galur keturunannya. Dia berasal daripada bangsa tahan lasak di Afganistan yang mengembara dengan harapan mencari makan di bumi yang lebih hijau.

Kelasakan itu membuatkan ayah dan juga datuknya sampai ke Malaysia dan kebetulan mereka berjaya diiktiraf sebagai rakyat Malaysia bumiputera setelah kriteria untuk melayakannya ada pada mereka. Dan yang paling penting dia tidak pernah mensia-siakan anugerah tersebut.

Artikel asal Mohd Subhi, hidupringkas.com

Kembali

Thursday 29 August 2013

Rebat Tanpa Tuntutan

Bagaimana Nak Nikmati Rebat Tanpa Tuntutan 15% untuk Takaful Kenderaan?

Contoh : 

Setiap tahun, apabila tiada tuntutan. Anda akan terima rebat 15%.

Caruman dibayar Peserta (selepas NCB) : 2,010
(-) Duti Setem : 10
(-) Komisen : 200

Amaun Bersih Layak bagi Pengiraan Rebat Tanpa Tuntutan : RM1,800

Rebat Tanpa Tuntutan Yang Layak = 15% x 1,800 
= RM 270

*Tertakluk kepada lebihan/keuntungan Dana. Berdasarkan Model Wakalah.

Wednesday 7 August 2013

Rule Baru Untuk Facebook Update

Anda pos mengenai produk terkini syarikat anda di facebook page, tetapi hanya segelintir fans anda yang melihatnya. Mengapa ia berlaku? Faktor apa yang Facebook ambil kira untuk menyebarkan update anda di News Feeds.

Monday 29 July 2013

Apa Itu Takaful Motor?

Takaful Motor memberikan anda perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kenderaan sendiri akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan; dan/atau kecederaan tubuh badan atau kematian pihak ketiga, kerosakan atau kerugian harta benda pihak ketiga.


Apa Itu Takaful?

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.